top of page

6 Cara Pengurusan Makhluk Perosak Kelapa

Writer's picture: Chipon84Chipon84

Updated: Jun 30, 2021

Serangan perosak serangga adalah mustahak didalam menggurangkan hasil tanaman. Serangan yang teruk boleh menyebabkan pokok berbuah kecil, tidak lansung mengeluarkan hasil atau boleh menyebabkan kematian tanaman. Perosak-perosak serangga yang penting bagi tanaman kelapa adalah seperti berikut.


1. Kumbang Tanduk

(Orycetes Rhinocerous)


Bahagian Diserang / Simtom

Kumbang dewasa berwarna hitam dan mempunyai stuktur sumbu diatas kepalanya. Serangga dewasa menyebabkan kerosakan dengan mengorek kedalam pucuk dan memakan tisu-tisu lembut kelapa. Apabila pelepah membesar, daun kelapa akan membentuk seakan-akan kipas. Serangan yang teruk menyebabkan air bertakung didalam lubang yang dikorek. Pucuk akan reput dan musnah dan ini mendedahkan pucuk kepada seranggan larva


Kumbang Jalur Merah. Kumbang tanduk dewasa bertelur didalam batang kelapa yang reput, bahan organik ataupun sampah sarap. Larva yang dikenali sebagai Grub kembang tanduk akan hidup pada bahan yang reput ini sehingga menjadi pupa.


Syor Kawalan

Semua batang kelapa yang telah ditebang atau tumbang sendiri perlu dipotong kecil-kecil dan dibakar, ini bertujuan menghapuskan tempat pembiakan Kumbang Tanduk Diladang.


Kawalan Kimia

Bagi pokok kelapa yang masih kecil, letakkan 1 -2 biji "moth ball", 3 - 4 butiran racun carbofuran di pelepah muda bagi mengurangkan serangan kumbang tanduk



2. Kumbang Jalur Merah

(Rynchophorus Schach)


Bahagian Diserang / Simtom

Kumbang dewasa mempunyai kepak berwarna hitam. Lorek hitam dengan jalur-jalur merah. Dewasa betina bertelur ditepi lubang yang dikorek oleh Kumbang Tanduk, bahagian luka ataupun pada pucuk pokok yang lemah. Larva yang dikenali sebagai Grub memakan pucuk sehingga boleh menyebabkan pokok mati.


Syor Kawalan

Suntik batang kelapa dengan racun monocrotophos atau methamidophos sebanyak 5 - 10 ml/pokok. Bagi pokok kelapa yang masih kecil, letakkan 3 - 4 butiran carbofuran pada lubang dipucuk pokok bagi membunuh serangga ini



3. Rama-rama Artona

(Artona Catoxantha)


Bahagian Diserang / Simtom

Dewasa berwarna perang dan hujung kepak berwarna kuning. dewasa betina bertelur dibawah daun dan larva yang menetas berwarna hijau kekuningan dan berbulu. Larva memakan daun kelapa daripada bawah dan meninggalkan kesan makan yang berjalur-jalur diatas daun. Daun yang teruk diserang akan kelihatan seperti terbakar.


Syor Kawalan

Dalam keadaan biasa perosak ini dikawal oleh musuh semula jadi yang menyerang larvanya. Hujan lebat semasa serangan berlaku mengawal perosak ini menjatuhkan larva ke tanah.


Jika serangan serius berlaku musim kering, kawal secara suntikan batang dengan racun monocrotophos (azordin) atau metamidophos (tamaron) pada kadar 5 - 10 m/pokok. Jika larva hampir membentuk pupa, tidak disyorkan suntukkan batang kerana kawalan tidak akan berkesan




4. Ulat beluncas

( Setora Nitens)


Bahagian Diserang / Simtom

Dewasa berwarna perang dan bertelor dibawah daun kelapa. Larva berwarna hijau kekuningan dengan jalur-jalur unggu dan terdapat lapan unjuran (appendages) ditepi badannya. Terdapat dua unjuran yang lebih besar dikepala dan ekor larva. Larva memakan daun daripada tepi ataupun tengah sehingga tembus dan meninggalkan bentuk bergerigi pada daun. Dewasa tidak merosakkan pokok kelapa.


Syor Kawalan

Kawal secara suntikan batang, gunakan racun monocrotophos (azordin) atau metamidophos (tamaron) pada kadar 5 - 10 m/pokok.



5. Rama-rama Haidari

(Hidari Irava)


Bahagian Diserang / Simtom

Dewasa berwarna perang dengan empat titik kuning ditengah-tengah kepak. Larva berwarna hijau kekuningan dengan kepala berwarna coklat. Larva hidup dibawah lipatan daun kelapa dan memakan daun daripada atas kebawah dengan tanda daun tuinggal lidi.


Syor Kawalan

Tiada kawalan kimia disyorkan bagi perosak ini.



6. Kumbang Plesispa

( Plesispa Reichei)


Bahagian Diserang / Simtom

Kumbang ini berbadan leper dan berwarna coklat tua. Larva berwarna kuning. Dewasa dan larva Grub memakan permukaan daun dan menyebabkan daun sedikit bergulung. terdapat tompok-tompok bekas makan diatas daun. serangan pada anak benih boleh menyebabkan pokok terencat.


Syor Kawalan

Tiada kawalan kimia disyorkan bagi perosak ini.



20 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page