Terdapat beberapa jenis makhluk perosak yang selalu menyerang varieti mangga pada masa kini, ini membuat para pertanidan penanam mangga khususnya di negeri Indra kayayangan yang terkenal dengan pengeluaran mangga Harumanis menjadi runcing apabila tanaman mereka diserang oleh beberapa jenis serangga atau makhluk perosak yang mendatangkan kerugian secara fizikal tanaman dan mental para penanam itu sendiri untuk berhadapan dengannya.
Kami dengan ini ingin berkongsi dengan para pembaca terutamanya yang baru berjinak-jinak dalam dunia pertannian tanaman mangga tentang 8 jenis serangan makhluk perosak terhadap varieti mangga khususnya.
1. ANAI-ANAI / TERMITE
(Coptotermes curvignathus)
Biasanya menyerang akar serta dahan mangga. Serangan anai-anai boleh berlaku di kawasan yang terdapat banyak tunggul kayu. Tanda serangan jelas dilihat dengan sarang yang dibuat ada dahan dan batang. Serangan yang teruk mengakibatkan batang atau dahan menjadi reput dan kematian pokok.
KAWALAN
Sebagai kawalan, musnahkan sarang anai-anai pada batang dan akar.
Batang yang reput diserang hendaklah dipangkas dan dibakar.
Penyemburan bahan kimia tidak diperlukan sekiranya pokok dijaga dengan baik.
2. ULAT PENGOREK BATANG MANGGA / MANGGO TRUNK BORER
(Rhytidodera Simulans wn)
Menyerang dahan, batang dan ranting pokok, Serangan lebih tertumpu kepada pokok yang berumur 6 bulan ke atas. Larva mengorek masuk ke adalam dahan dan batang dengan membuat lubang. Ini mengakibatkan dahan mudah patah, layu dan mati.
KAWALAN
Cara kawalan adalah dengan mengumpul dan membakar batang dan dahan yang diserang selepas cantasan.
Sembur racun serangga jenis serap ketika pucuk mulai keluar.
Semburan diulangi seminggu sekali sehingga pucuk matang.
Masukkan racun serangga sebanyak 10-20 ml ke dalam lubang yang dikorek dan tutup dengan tanah bahagian lubang di pokok tadi.
3. KEPINDING MICTIS / STINK BUG
(Micctis longicornis westw)
Serangan lebih tertumpu pada daun muda dan pucuk. Kepinding dewasa dan nimfa menghisap cecair dari bahagian yang diserang. Ini menyebabkan daun muda dan pucuk menjadi layu dan mati.
KAWALAN
Cara kawalan adalah dengan cara memungut dan memusnahkan seranga dan nimfa.
Jika perlu sembur racun serangga bagi membasmi perosak ini,.
Ulang semburan setiap minggu jika perlu sehingga pucuk menjadi hijau.
4. LALAT BUAH / FRUIT FLIES
(Bactrocera papayae, B. carambolae)
Biasanya menyerang buah mangga. Larva yang menetas dalam buahakan mengorek buah dan memakan isi buah. Ini menyebabkan buah mangga berongga, berair, busuk dan gugur.
KAWALAN
Kawalan boleh dilakukan dengan membungkus buah 5-6 minggu sebelum dipetik.
Buah-buahan yang gugur atau terdapat tanda serangan hendaklah dikumpulkan dan dimusnahkan.
Pasang perangkap lalat dengan menggunakan Methyleugenol sebagai bahan penarik.
Jika pembungkusan buah tidak dapat dilaksanakan sembur racun serangga bermula dari peringkat buah berumur 6 minggu.
Ulang setiap 10-14 hari sehingga satu minggu sebelum dipungut.
Jangan sembur racun serangga pada buah yang hampir masak.
5. KUMBANG PENGOREK BUAH / MANGO STONE WEEVIL
(Sternochetus mangiferae F)
Seranan lebih tertumpu kepada mangga jenis Bacang dan Kuini. Kitaran hidup kumbang jenis ini berlaku di dalam buah kira-kira dua bulan. Kumbang betina bertelur di permukaan buah ketiak buah masih kecil selepas pembungaan. Lubang peneluran akan tertutup apabila buah membesar dan tidak kelihatan pada peringkat buah matang. Ulat dan kumbang mengorek isi, biji dan membentuk terowong. Buah menjadi lebam dan busuk. Tanda serangan sukar dikesan kecuali buah tersebut dibelah.
KAWALAN
Kawalan boleh di buat dengan menyembur racun serangga jenis sistemik pada buah.
buah juga boleh dibungkus untuk menghindari dari serangga ini.
Musnahkan buah yang diserang dan kekalkan kebersihan ladang sebagai langkah pencegahan
6. KUMBANG PENGERAT DAUN / :EAF CUTTING WEEVIL
(Deporaus marginatus)
Biasnya menyerang daun muda dan lebih tertumpu kepada poko yang berpucuk. Kerosakan berlaku apabila kumbang menyerang pokok dengan mengerat daun muda. Bahagian yang dikerat nampak seakan-akan dikerat dengan alat yang tajam. Kumbang juga makan tisu-tisu daun muda. Bahagian yang dimakan kelihatan berbintik lutsinar. Lama-kelamaan bahagain tersebut menjadi perang dan kering. Akhirnya daun bergulung dan berkerekot.
KAWALAN
Untuk mengawal serangan perosak, musnahkan daun yang guguratau yan terdapat tanda diserang.
Cangkul di sekililing pokok untuk mendedahkan kepompong yang terdapat di dalam tanah dan musnahkannya.
7. KUTU TRIP / THRIPS
(Haplothrips pictipes)
Biasanya menyerang bunga, daun muda dan putik mangga dengan merosakkan tisu permukaan bahagian tanaman yang diserang. Serangan berlaku terutama pada cuaca panas iaitu dari bulan Disember hingga April. Tanda awal serangan pada pucuk muda ialah pertumbuhan pucuk terbantut, pucuk atau daun muda berkerekot dan menjadi kering. Bunga yang diserang menjadi kering dan sererusnya gugur.
KAWALAN
Kawalan boleh dilakukan dengan langkah mengesan Kutu Trip pada daun aatau bunga setaip minggu sepanjang musim kemarau.
Seterusnya penyemburan racun serangga yang sesuai hendaklah dibuat.
Racun serangga dapat memberi kawalan yang maksima apabila disembur setiap minggu.
8. LELOMPAT DAUN / LEAF HOPPER
(Indioscopus spp.)
Serangga dan jenis serangan makhluk perosak ini amat sering dijumpai bagi penanam mangga di Asia khususnya terutamanya sekali bagi penanam varieti mangga Harumanis di Perlis . Biasanya serangga ini akan menyerang jambak bungga dan pucuk daun yang muda. Kerosakan berlaku apabila serangan lelompat daun dewasa dan nimfa menghisap cairan dari jambak bunga. Kesannya jambak bunga menjadi layu, kering dan gugur. Serangga ini menghasilkan bahan buangan madu rembisan yang menimbulakan kulat Kulapok Hitam.
KAWALAN
Untuk mengawal serangga perosak ini, semburan racun serangga yang disyorkan sebanyak 1-2 kali ketika tunas pucuk atau kudup bunga baru tumbuh.
Elakkan semburan ketika bunga sedang berkembang.
Ingat bahawa serangan makhluk perosak dapat di elakkan dari awal mahupun setelah mengutip hasil, dengan memberi imunisasi yang tinggi kepada pokok untuk menjadikan pokok lebih kuat dan mengeluarkan hasil yang tinggi, kami amat menyarankan agar anda menggunakan Vitamin keluaran Agrotech Plus untuk ini. kerana dengan gabungan bahan Organik dan Kimia dapat memberikan kesan yang lebih ampuh kepada tanaman anda untuk mempunai sistem daya kekuatan pohon dari serangan penyakit atau pun serangga.
Dapatkan sekarang di laman web kami atau pun di pembelian Shopee dengan harga yang amat berbaloi.
Anda juga boleh dapatkan produk kami bersaiz 1 Liter di Shopee
Комментарии