Mangga merupkan antara tanaman yang popular dikalangan masyarakat disemenanjung Malaysia. Mangga yang terdapat di Malaysia boleh diketegorikan kepada dua jenis yang utama iaitu jenis tradisional dan jenis klon.
Mangga jenis tradisional seperti mangga Telur, mangga Air, Kuini dan Bacang umumnya mempunyai mutu yang rendah kerana mempunyai isi yang nipis, berserabut, rasa masam dan biji besar berbanding dengan jenis klon yang lebih berkualiti.
Klon-klon mangga ini terdiri daripada mangga tempatan dan juga mangga yang dikenalkan dari Indonesia, Thailand, India, Filipina, Pakistan dan Amerika Syarikat.
Berdasarkan penyelidikan, lebih daripada 100 klon Mangga telah dikenal pasti di Malaysia sejak pendaftarannya pada awal tahun 1930-an.
Namun hanyasebilangan kecil klon ini didapati lebih berpotensi untuk dipasarkan dan sesuai dimajukan kepada peringkat komersial atau untuk dimakan segar.
1. Harumanis
(MA 128)
Harumanis berasal dari Indonesia. Klon ini sangat sesuai ditanam di negeri Perlis dan Kedah kerana cuaca panas yang panjang. Ia mudah dikenali kerana sistem dahan dan rantingnya yang panjang dan melentur. Bentuk buah bersaiz sederhana besar, lonjong dan pangkal buahnya yang bulat, Kulitnya sederhana tebal, berwarna hijau pada peringkat muda dan hijau tuakekuningan apabila masak. Isinya tebal, manis, harum dan banyak air. Namun, Klon ini peka terhadap kejadian reput dalam buah. Penjagaan rapi dan teratur klon ini perlu dengan mengambil kira jenis tanah, keperluan air dan tahap pembajaan. Klon ini sederhana rintang pada penyakit Antraknos Buah.
2. Masmuda
(MA 204)
Masmuda merupakan hasil tempatan dan bermutu tinggi. Ia banyak ditanam di Kedah dan beberapa kawasan di Perlis. Klon ini berbuah bermuism dan hasilnya sangat tinggi. Bentuk pokoknya agak tegak dan bersadur bulat. Buanhnya cukup digemari oleh masyarakat utara kerana boleh dimakan masa muda kerana rasanya lemakdan tidak masam, Bentuk buah besar dan bulat membujur. Kulitnya tebal , lincin, berwarna hijau muda ketika muda dan kekuningan apabila masak. Isinya tebal, berbiji nipis, manis dan kurang harum. Seelok-eloknya pembajaan hendaklah dilakukan 2-3 bulan sekali hingga pokok menghasilkan buah. Klon ini rintang kepada kejadian reput dalam buah.
3. Chok Anan
(MA 224)
Chok Anan popular di Perak dan Selangor dan merupakan klon yang diperkenalkan dari Thailand. Buah ini mempunyai mutu kualiti yang tinggi dan berpotensi untuk dimajukan,. Bentuknya sederhana panjang, kecil dan leper. Kulitnya sederhana tebal, berwarna hijau muda ketika muda dan kuning apabila masak, Isinya agak manis dan berserabut. Keistimewaannya adalah berkebolehan berbuah seawal 6 bulan selepas ditanam dan penghasilan buah yang tinggi walaupun pada musim hujan. Ia juga menghasilkan buah tanpa musim tertentu dan sambutan yang mengalakkan di pasaran menarik minat penanam mangga. Klon ini juga amat mudah berbuah dan tidak memerlukan penjagaan yang rapi kerana daya lawan penyakitnya yang agak tinggi.
4. Sala
Mangga Sala adalah hasil tempatan dan banyak ditanam di Kedah, Perlis dan Perak. Antara keistimewaannya adalah bebuah lebat sehingga melebihi 100 biji sepokok dan berbuah awal pada setiap musim. Buahnya berbentuk panjang dan pangkal yang menirus. Kulit berwarna hijau gelap semasa muda dan kekuningan apabila masak. Isinya kuninga tetapi tidak begitu manis. Pokoknya juga tidak memerlukan penjagaan yang begitu rapi untuk penghasilan buah yang baik. Ia juga sederhana rintang kepada penyakit Hitam Bakteria (Xanthomonas compestris). Namun, segelintir masyarakat tidak mengemarinya kerana rasanya yang sedikit masam.
5. Nam Dorkmai
(MA 223)
Nam Dorkmai diperkenalkan dari Thailand. Pokoknya kerdil dengan cabangnya yang menegakdan sudur yang membulat.Oleh sebab itu, pokok ini sesuai ditanam rapat. Buahnyasederhana besar, lonjong dan hujung buah meruncing. Kulitnya nipis, halus,berwarna hijau muda ketika muda dan kuning terang apabiula masak. Isinya manis, berair, tebal dan berbiji kecil. Pokoknya juga cepat berbuah dalam linkungan 2-3 tahun selepas ditanam. Tetapi klon ini tidak begitu popularkerana hasil yang boleh diperolehi dari pokok ini berkurangan dibandingkan dariklon yang lain. Ia jugasangat rintang atahu tahan pada penyakit Bintik Hitam Bakteria (Xanthomonas compestris).
6. Maha
(MA 165)
Maha 65 merupakan klon tempatan. Ia boleh mengeluarkan hasil pada 3-3 1/2 tahun selepas di tanam. Pokok Maha 65 berbentuk segi tiga bulat. Buahnya besar, berbentuk panjang dan leper. Bahagian pangkal buah bulat manakala bahagian hujung runcing dan tidak berparuh. Kulit buah bewarna hijau muda dan sedikit tompok kemerahan pada peringkat muda dan bertukar warna hijau kekuningan apabila masak. Isi buah berpotensi menghasilkan10-15 tan/hektar. Klon ini peka terhadap kejadian buah merekah/pecah
Comments